Kajian Pelan Induk Pembangunan Endau, Mersing.

Endau, Mersing.

Gerbang Maritim Johor.

Kajian Pelan Induk Pembangunan Endau bermatlamat mentransformasikan Pekan Endau menjadi Nod Pertumbuhan Strategik dan Gerbang Utara Johor. Portal ini menampilkan Digital Twin Pekan Endau, dashboard guna tanah semasa kajian dan inventori 21 jeti nelayan Sungai Endau didalam satu platform.

2.6423°U  103.6392°T WGS 84 / EPSG:4326 Kawasan kajian 1,631.86 hek
HAT 3.13 m 0.0 m MSL 21 jeti · Sungai Endau
21Jeti nelayan dalam inventori
1,632 hekKawasan kajian pelan induk
17.8 km²Blok pusat pekan bermodel 3D
9,833Imej dron diproses
RM100j+Nilai pendaratan ikan setahun

Modul platform

Ketiga-tiga modul berkongsi satu pangkalan data PostGIS yang sama. Data dibaca daripada katalog lapisan pada waktu jalan, jadi tiada salinan berasingan untuk diselaraskan.

Memeriksa perkhidmatan

Digital Twin Pekan Endau

Model fotogrametri 3D Pekan Endau dengan garis masa senario Sedia Ada, Cadangan Pelan Induk dan Fasa Jangka Panjang, serta simulasi kenaikan paras air secara visual.

  • Senario sedia ada (keadaan semasa 2026)
  • Lihat senario cadangan pelan induk tanpa muat semula halaman
  • Simulasi paras air 0.0m Mean Sea Level (MSL) hingga High Altitude Tide (HAT) 3.13m
Paparan Digital Twin Pekan Endau dengan panel simulasi paras air
Memeriksa perkhidmatan

Dashboard Guna Tanah

Katalog lapisan ruang kajian — tapak bangunan, guna tanah semasa dan sempadan kajian — boleh dicari, ditanya dan diukur terus di atas peta.

  • 5,795 rekod merentas 3 lapisan aktif
  • GeoParquet → PostGIS → Martin MVT → MapLibre
  • Klik mana-mana poligon untuk atribut penuh termasuk UPI
Paparan Dashboard Guna Tanah Endau dengan panel atribut guna tanah
Memeriksa perkhidmatan

Dashboard Inventori Jeti Nelayan

Pangkalan rekod tunggal bagi 21 jeti di sepanjang Sungai Endau: pemilikan, keadaan struktur, kemudahan pendaratan dan mandat agensi. Tapak ini akan menjadi asas untuk cadangan penyusunan semula jeti dalam pelan induk.

  1. Skema PostGIS dan borang tinjauan lapangan siap
  2. Tinjauan 21 jeti bersama LKIM dan Majlis Daerah Mersing
  3. Papan pemuka keadaan, kapasiti dan mandat agensi
  4. Pautan silang rekod jeti ke Digital Twin

Perakuan data dan had penggunaan

Setiap paparan dilabel sama ada data sebenar atau simulasi. Had berikut hendaklah dirujuk sebelum sebarang output digunakan untuk keputusan teknikal atau penyerahan rasmi.

Data sebenar

Model 3D bertaraf perancangan, bukan taraf ukur

Fotogrametri diproses tanpa titik kawalan tanah. Ralat lokasi kamera dianggarkan 6.25 m. Sesuai untuk konteks visual dan perbincangan reka bentuk; tidak boleh diguna untuk penyerahan ukur bertauliah.

Simulasi

Datum menegak belum diselaraskan

JPS merujuk MSL/PMGVD manakala Jabatan Laut merujuk LAT, dengan jurang dianggarkan 1.2–1.5 m di pantai timur Johor. Semua simulasi paras air kekal indikatif sehingga penyelarasan dibuat.

Data sebenar

Ketinggian bangunan LOD1 daripada nDSM

Sah untuk visualisasi isipadu bandar. Bukan asas untuk kawalan ketinggian, pengiraan bayang atau apa-apa penilaian kawal selia.

Simulasi

Senario pelan induk

Paparan Cadangan dan Fasa Jangka Panjang ialah gubahan reka bentuk, bukan pembangunan diluluskan. Kelulusan kekal tertakluk kepada proses di bawah Akta 172.

Interoperabiliti dengan Johor Urban Observatory

Platform ini dibina bebas daripada mana-mana vendor dan diserahkan kepada JUO melalui format terbuka OGC. Tiada pergantungan lesen, dan data boleh diambil masuk ke iPortal tanpa penukaran tambahan.

Metashape → 3D Tiles 1.1  untuk paparan 3D
Metashape → CityJSON  untuk pematuhan OGC
PostGIS → GeoParquet · GPKG · SHP · GeoJSON
CRS analitik EPSG:3375 · penyampaian EPSG:4326

Johor Urban Observatory

Platform negeri berasaskan SuperMap. Penyerahan dibuat sebagai pakej data berstandard OGC, bukan sebagai pembinaan di dalam persekitaran SuperMap.

Buka JUO iPortal